Monday, November 7

2nd Pregnancy

Salam. Lama tak update blog. Dulu ada buat blog baru makansinikebungkus.blogspot.com sebab blog yang ni xboleh nak buka. Ni skrg dahboleh buka, blog baru tu pula xley buka sebab tak ingat password. hahah. 

Nak cerita pengalaman bersalin anak ke dua ni. Alhamdulillah di permudahkan urusan bersalin. Rasa kejap je compare masa beranak kan Adam dulu. EDD second baby ni 25/9/2016.

Seminggu sebelum EDD
Rasa neves tu ada dah. Sebab takut teberanak awal dari tarikh EDD tu. Masa Adam dulu awal 3hari dari EDD. Tapi yang ni xde tanda2 lagi.

24/9
Ni memang dah risau la sebab esok EDD dah. Tapi still xd tanda2 nak beranak jugak. Sakit apa pun xd lagi. So, buat2 rilek padahal risau. Ajak adik ak g jalan esok nak g AEON. Ak suruh adik ak datang sini soh jaga time pantang. Heeee.

Malam tu memang xtido sebab risau asal xd tanda2 lagi ni. So, ajak husband g klinik la esok sebelum g AEON tu.

25/9
Husband dah g kijo dah. Kitorang g lambat sket. Sebelum tu sempat lagi melantak nasi kak wook. Hahaha. Pas makan baru la g klinik kat area husband keje tu. Ingat lepas g klinik baru g AEON. Sampai turn masuk jumpa doc. Scan. Die kata baby Alhamdulillah ok. Pastu die cek air ketuban. Doc kata air ketuban kurang. Kene g serah diri katanya. Kene induce. Takut baby lemas. So, xjadi la g AEON. hahaha. G check in kat hospital pulak. Balik dulu mandi2 n bawa barang2.

Petang tu terus g hospital. Cek2 perut semua pastu terus masuk wad. Adam la kesian. Mana la ak pernah tinggal die. Tido pun ngn ak. Hari tu tepaksa la tido ngan abah. Naseb baek ok. hee

26/9
Pagi2 lagi dah induce. Dalam pukul 8am. Kene rehat 2jam jgn buat apa2. Doc soh tidur je. Doc kata kalau induce sekali jalan xbuka kene induce lagi skali. Kalau xbukak jugak kene czer. Cuak dah dgr. Dalam pukul 11am ak dah start rasa sakit. Sakit sikit je. Boleh tahan lagi. Pastu makin lama makin sakit. Memang zikir xputus2 la. Ngam2 tghri tu waktu melawat. So, husband datang ngn Adam n adik. Time tu makin sakit dah. Dalam pukul 2pm ak g tandas nak kencing. Skali bedarah dah. Ak gitau kat nurse. Then die cakap g cek jalan. Doc cek jalan dah 6cm dah. Patutla ak rasa sakit sangat dah. Die kata ready nak g LR. Masa nak g LR tu mmg sakit sangat2 dah. Rasa nak teberanak dah ak rasa time tu. FUhhh

OTW nak g LR tu tgn ak dah kebas dah sebab ak benafas laju sangat agaknye. Hahaha. Nurse suruh ak beralih katil tapi memang xlarat sebab dengan tangan kebas pastu sakit lagi. Ingat kan die nak tolong angkat ke. hahah. Harapan. Die soh bangun jugak beralih katil. So, gagahkan diri la. Dah pindah katil die suruh tukar baju pulak. ahaha. Ak cakap kene tukar jugak ke. Die kata haah. Xlarat oi sebab sakit sangat dah. Masa nak pindah katil tu air ketuban pecah. Panas je rasa. hee. Pastu die nampak ak pakai spender lagi. haha..die bising la.bakpo xbuka seluar lagi. hahaha. Ak cakap gunting je sebab ak pakai spender pakai buang tu je. Dah masuk LR nurse suruh husband masuk ikut pintu lain. So, lambat sikit la die masuk. Tapi xdan masuk ak dah teberanak dah. Doc pun xdan nak cek2 nadi baby dah sebab masa die baru nak pasang tu die kata nampak kepala dah. N ak pun memang rasa dah nak keluar sangat dah baby time tu. Husband sampai baby dah keluar. Die sempat potong tali pusat n azan ngn iqamah kan baby je. Pastu kene kluar. Pukul 231pm baby AISYAH NUR IMAAN BINTI AZHARUDDIN selamat di lahirkan. Alhamdulillah.

Memang sekejap la bersalin kali ni. Pukul 2 lebih masuk LR. 231pm dah beranak. Masa Adam dulu lama weh. Siap nurse tu naek atas perut tolak baby nak bagi keluar sebab ak xreti nak teran. 30 minit jugak ak rasa. Die kata kene cepat takut baby lemas. Tapi Alhamdulillah Adam lahir sihat cuma kuning je la. Aisyah pun kuning jugak.


Abang Adam asyik nak kiss adik je. hee..ni pura2 tidur ngn adik..haha


Aisyah Nur Imaan Day 1 :)

Thursday, April 16

Pos Laju..Laju keeee????

Hye!

Nak cite la pasal pos laju. Bukan nak kutuk. Cakap je. Xsama ke? Bedal la..hahaha

Hari isnin ari tu 13hb April, abang aku pos baju dari Labuan pegi Kelantan. Aku pun ada juga pos baju pegi Labuan hari yg sama. Tp dari pemerhatian aku dari tracking number tu abang aku dah pos lewat dah. Maybe dah d bawa ke hari esok nye la baru barang proceed. Tapi aku nye barang yg aku pos 13hb tu sampai dah 14hb. Ok la sampai cepat kan.

Aku nye barang yg abang aku pos tu cek tracking number tadi dah delivery process dah. So, aku pun tggu la kat umah siap buka pintu sket nak tunjuk ada org kat umah. In case kalau die dtg n hon2 aku xdgr ke die taw ada org kat umah. 

Tggu punya tggu sampai pukul 6 lebih pun xd. Siot je. Da la esok nak balik Tapah. Minggu depan la pla baru dapat. Ingat boleh la pakai masa kat Tapah nt ke. Harapan laaaa. Sehari suntuk kot tggu da die kata delivery process kan. Kuchiwaaa babe.

Aku pun cek la lagi tracking number nak tgk status. Skali die tulis...
unsuccessful delivery???? Waddapishhhh

Aku tggu ko sehari suntuk kat rumah kot. Malas nak hantar ke xsempat hantar xjumpa cari rumah ke aku pun xtaw la. Huu..bikin panasss..panas sebab yela ko dah menunggu bagai nak rak tbe xd..hampa la..nak2 nak urgent pla..klu x urgent  xd la terasa kechewa tu..huu.

Sekian la luahan hati di malam hari..


Tuesday, February 3

#prayforpantaitimur : part II

Hye!

Nak sambung entry before ni. Cite pasal banjir. 

Ok. Last aku cite sampai jiran  tolong angkat2 barang kan. Dah setel2 angkat2 barang semua dalam pukul brapa tah tu. xngt aihhh..ak g tandas. Skali masuk tandas..ceplosss..air dah masuk tandas dah. Sejuk air die. Hee. 

Adam lak dah bepeluh2 die tdo.

Pagi tu lepas subuh Din kata kemas2 la kuar rumah. Ak tya nak g mana. Tgk la dulu katanya. Die pun xabes pikir lg agaknye. Ok la ak kemas2. Ikut kan ati mmg ak nak bawa je beg luggage  2. Tapi celah  mana ko nak heret beg besar dalam air pula. Hahaha. Aku  pun amek mana yg aku nmpk je la. Gelap pula. Lampu hp pun xbrapa nak membantu. Hari dah siang kitorang pun kluar la redah banjir. Adam la yg kesian. Huuu



Aku antar gmbr ni kat group  family aku. Terus cousin aku tya nak pindah g mana. Xtaw la aku cakap. Tumpang rumah kawan Din kot. Nak balik Machang xley dah. Banjir jg jalan nak ke sana. Pas 2 cousin ak ckp tumpang kat rumah mil die dulu la. Kat rumah mama tok. So kitorang pun ok je la. 

Adam kat kreta lagi dah tdo. Ngantuk agaknye. Xcukup tdo.

sian anak aku ni. Dah la xmakan lg time ni. Dah bgn tu baru bagi makan. Huu

Kat bawah ni pict after banjir. Tengok sendiri  je la. Malah nok kecek banyok. Sedih. Baru je nak pindah rumah baru..xdan 24hrs dok rumah tu trus  kene banjir. Dugaan betul ni..terima kasih byk2 la kat abg nik, abg zul, abg din, abg fikri n abg faris kot nama die..xngt..hee..sebab dorang yg tolong g amek barang kat rumah sewa n angkat barang..tqsm  



Ni lepas banjir kitorang bawa g umah mama tok dulu. Cuci2 semua. Ikut kan aku aku nak buang je. Huu. kasut2 mmg buang la. Nak cuci pun xterdaya rasanya
 Melekat lumpur die. Dah cuci2 semua letak barang2 ni kat umah mama tok dulu sementara nak cari rumah sewa lain. Rumah yg kene banjir tu kitorang pindah terus after angkat2 brg lps bnjir reda tu. Xnak la dok situ dah. Huu.

Alhamdulillah  sekarang dapat rumah sewa lain dah. Yang tu cite nanti pula.

Bye2

#prayforpantaitimur : part 1

Hye!

Nak cite pasal banjir. Aku pun kene banjir juga ari tu. Kan post before ni aku pindah rumah dari melaka pegi kelantan kan. Aku pindah 23hb. Sampai kat kelantan 24hb pagi dlm pukul 9 or 10am camtu r. Ak pun lupa dah.

Naseb baek Adam tido je sepanjang jalan. Aku pun boleh la tdo skali. Masa otw nak g kelantan tu byk tempat dah banjir dah. Kitorang redah air la jg. Sampai gear rosak. Nak tukar gear xboleh. Mati tgh jalan pla tu. Pehhh. Tapi Alhamdulillah, naseb baek ok balek.

Sampai2 je trus g amek kunci rumah kat rumah kawan Din (laki aku la nama Din). Dah amek kunci terus gi umah sewa. Masa nak masuk jalan nak gi umah sewa tu pun banjir juga. Kene la redah juga.

Dah sampai  rumah sewa, tgk2 ada sungai pula sebelah tu. Dekat kot. Huu. Masa kitorang  nak pindah tu kitorang  xingat pun time tu musim banjir. Dah gerak baru la teringat pasal banjir. Kalau tau sah2 la postpone  dulu nak pindahnye. Ye dakkk..

Masa sampai kat umah sewa tu, ak tgk anak2 jiran kat situ g dok main air. Xtakut ke dik oi.  Kitorang pun  punggah la barang2. Dah setel punggah2, rilek2 jap.


Ni picture dalam rumah. Barang2 ada kat garage lg. xbawa masuk lagi. Malam sket baru angkat masuk.

Petang tu jiran dah kecoh2 dah soh parking kete kat luar jalan. Means letak  kat jalan besar la. Sebab air koho naek katanya. Cuak oiii. Din g la letak kete kat luar. Aku kemas2 umah sapu2 semua.

Pas 2 time nak maghrib air makin naek. Dah start naek kat jalan depan umah. Aku lak xsenang duduk dah. Adam aku letak dalam kelambu je. 

Ni dah kenapa ni..haha

Adam duduk main dalam ni je la. Naseb die ok. 

Masa kemas2 ni Din g beli nasi. Lapau leee..kihkihkih. Lepas  setel makan rilek lagi. Rilek sokmo. Hahaha. Pas 2 Din tdo kejap. Sehari  xtdo kot. Dah la drive sorang. Pas tu angkat barang lagi.. Mmg letih la. Sian laki aku. Ngeee

Adam la sian xmakan. Minum susu je. Huuu. xd benda nak d makan. Roti pun xd. Aku just suap2 nasi putih je. Sian die. Lapar agaknye. T__T

Malam tu dalam pukul brapa tah air naik dah penuh jalan kat depan rumah. Jiran2 dok luar je la. Jaga2 tgk air. Sibuk angkat barang jg. Letak tempat tinggi. Aku ngn Din kemas brg2 kat garage tu bawa masuk  dalam. Maen letak je sebab mmg xlarat dah. Letih kot.

Dah setel semua angkat barang kitorang  tido. Adam tido dah before kitorang  kemas2 barang  tu. Tapi ak xley tdo sebab air koho naik. Asyek2 bgn tgk air kat mana dah. Pukul brapa aku x ngt air dah naik kat garage rumah. 

Aku lak g ngemas letak barang2 ats  meja. Xnak bg ada barang kat lantai la kiranya. Katil, almari, peti ais, ngn sofa aku xtaw nak letak mana nanti. Time tu mmg pasrah la kalau tenggelam pun. Huu

Lagi skali, xngt pukul brapa aku g tgk air kat mana dah. Dah paras 1st anak tangga. Aku kejut Din. Air kat blakang rumah dah naek dah. Time ni letrik  dah xd dah. Gelap gelemat la. Torch light xd pla. Harapkan hp je.



Jiran2 dtg umah tgk. Pas 2 drg tlg la angkat2  brg letak bagi tggi  sikit. Bg pinjam  kerusi letak almari. Mesin  basuh rosak nak letak tilam. Tong nak letak apa tah  ak xngt. Paling rare letak petis ais ats tong gas..haha

Ni gambar selepas banjir. Before tu xdan  aihh nak amek gambar.

Ok la..aku sambung next entry pla. Panjang  sgt dah rasanya ni. Hee

Nyte2







Sunday, January 25

Bye2 Melaka T__T

Hye!

Ni 1st entry utk 2015. Nak cite pasal pindah rumah. Kitorang pindah pegi kelantan  last year. 23hb xsilap. Mula2 hubby kata pindah 24hb. Sb 22hb baru ak balik melaka. B4 tu ak kat labuan lagi. Hubby balik awal. 17hb die balik. Rumah kat kelantan  dpt dah. Kat Baung. So, ak pun ok je la pindah 24hb. Masa 22hb mlm ttibe hubby ckp lorry dah otw g melaka. Makk aihhh. Awal nau. Janji 24hb tbe dtg 23hb. Kelam kabut la mengemas. Semua maen sumbat je dalam plastik. Xdan la nak tanda2 bagai.

23hb tu Ak sempat lagi pg jj beli container nak letak baju Adam. Masa pg jj tu pun dah lewat dah. Dalam pkl 5lebih rasanya. Ak g ngn adik ak n adam la. Hubby kat umah kemas2 barang. Baru je smpai JJ tbe hubby wassap  ckp lori dah sampai. Adoiii..ak xsuka btl  kelam kabut  ni. Huu

Dah balik rumah tu ak pun kemas2 la. Mmg ak sumbat semua dalam plastik sampah yg besar tu. Bedal la. Lewat jg siap. Dalam pkl 11 or 12mlm rasanya. Pas 2 dah setel2 semua cek ada yg tggl  ke x kitorang pun gerak la nak balik kelantan. Tapi g makan dulu. Itu ini itu ini pkl 1am jg la kot baru gerak. Lewat sgt dah. 


Baru siap punggah barang masuk lori.


Pujuk Adam supaya jgn sedih. Bahahah. Ibu yg sedih padahal sb nk tinggalkan melaka. T__T Kat melaka  la ibu jumpa abah taw. Ibu g ngorat abah. Hari2 g kedai abah. Oppppss..haha.

Pasni nak cite bnda  sedih pla..huu. next entry bebeh.

So long n good bye.

Monday, November 24

Resepi : Mudah, cepat dan sedap

Ni resepi ak jumpa kat fb. Xngat dh apa nama fb tu. Nak credit pun xtaw nak  letak nama sapa. Kalau2 empunya gambar ni baca entri ni (kalau la..haha) sila gtw ak k..peace

So, ak malas nak taip byk2..korang tgk gambar je. Tgk gambar je pun korang dah blh paham. N nanti mesti korang akan cakap.."hek elehh, sng je". Hikhikhik












Selamat  mencuba ;)



Sunday, November 23

Resepi : Pancake mudah & sedap

Hye!  

Harini Buatkan Adam pancake utk minum ptg. Chewahh..hee..ni cilok resepi yg jumpa kat fb je pun..hee

Senang je. Xyah pakai tepung bagai. Pisang ngn telur je. Makesure baby dah pass telur ye.

Nampak x kemalasan ak? Gmbr ni pun ak xcrop..haha..ni la cara2 n resepi die. Senang je kan


Ni hasil yg ak buat. Rupa xd..kehkehkeh  

Selamat mencuba.. ;)

Monday, November 17

Pakai selipar dalam rumah? Apakes?

Hye!

Korang ada tak yang satu spesis cam aku? Suka pakai selipar dlm rumah. Kalau ada baguslah. Kita geng. Mihmihmih.

Aku mmg xblh kalau xpakai selipar. Aku rasa geli gelemat. N ak xska suka pijak lantai yang tile or simen. Aku rasa lantai tu mcm melekit or beminyak kalau ak pijak. Tapi lantai 2 xbeminyak pun. Ke ak yg paranoid sgt ni. Haha. Even dh sapu n mop. Mcm lantai kat rumah ak ni, ak pun geli even ak dah sapu n mop. Geli..geli..geli..bukan nak ngade tp mmg ak geli. Huu..xtaw la nape. Kalau xpakai selipar mesti ak jalan cpt2 xpun tejengket2. Kalau kat rumah org redha je la. Xkan nk tya ada selipar tak. Hahaha.

Aku kene ada lapik mcm karpet ke tikar ke. Naseb baek ruang tamu and bilik aku fully karpet. Kat melaka ada selipar..kat kelantan ada..kat labuan ada. Kat umah sewa masa study dulu pun ada. Kat tandas confirm ada. Kalau kat hotel yg jenis lantai je pun ak minta hubby belikan selipar. Tp kadang2 hubby xlayan pun. Xbelikan pun. Hahaha. Tggl 1 malam je. Ngade lebih..kehkehkeh

Pokok nya aku mmg geli kalau jalan kat lantai xd lapik. Sebab 2 mst ada selipar. Rasa lain kalau xpakai selipar. Pas 2 nanti rasa mcm ada lekat2 something kat kaki. Padahal xd pun. Haiihh

So, sape yg sama peel ngn ak 2 boleh la comment gtw apa korang rasa..hee..


Tuesday, September 2

Pengenalan Telur Untuk Anak Berusia 8 Bulan

Salam..hi uols :)

Lama sgt xupdate blog since last entry kn. Xd masa nk xd bnda sgt nk tulis. Hee. (Malas padahal..mihmihmih)

Adam dh 8m 18aug ari 2. So ari 2 dh bg pasta n he loves it. .happy me. Hee..arini nk try bg telur. Tp xley sj2 bg mcm 2 je. Kene try test dulu kat baby kot2 alahan ke. Td bg Adam makan kuning telur + bubur nasi + labu . Kuning telur 2 bg sikit je. Ni panduan utk mummy k.

Pengenalan Telur Untuk Anak Berusia 8 Bulan

- Pastikan telur betul-betul masak.
- Telur boleh direbus kemudian campur dalam puri atau bubur.

Cara nak intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja

Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja

Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur

Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya

Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu.

Sumber: HSFFYB

Phewww. .nk 2bulan jg ni test telur shj..huu..selamat mencoba ya mummy2. .;)

Wednesday, August 6

Jatuh Cinta!

Salam.

Pejam celik pejam celik taw2 dah raya ke10 dh. Cepat je rasa masa berlalu. Salah satu tanda kecil nak kiamat juga ni..huu

Ok la..nak cite ni. Ak ttbe je jatuh cinta ni..omaiiii..cane ni. Sian jelly bee ak nanti. Jeles pla die krg..Haihhhh..T_T

Tapi yg pasti bkn jatuh cinta kat lelaki lain ye. Berdosa besarrrr..hee..cinta ku hanya utkmu syg..adossyayooo..hee..ak ttbe jth cinta nk menjahit! Dennggg r..pehal lak an ttbe nk mnjahit. Nak kata pembawakan budak xjg. Ak x preggy pn. Xtaw la ak. Gedik lak ttbe. Tapi bkn nk jahit baju. Nk buat patchwork/quilting 2. Omeyyy ngattt. Ttbe rasa nk buat sendiri utk Adam. Tapi bila tah ada masa ak pn xtaw. 

Tapi rasa nak buat 2 bekobar2 rasanya. Sampai xblh tdo d buatnye. Dh off fon dh ngt nk tdo tp mata tekebil2 teringat2 pasal bnda ni. On hp balik g google cara2 nk buat patchwork/quilting 2. Sampai nk abes quota dh internet ak ni. Comel la. Geram ak tgk. Ak dah la xley tgk bnda2 comel. Xcaya tgk ni.. ( gmbr amek dari ig )







Cantek wehhh..ak plg suka yg abc tu..tp ni smua overseas..ak nk buat jg..jahit tgn pn jahit tgn la. Brapa tahun pla nk siap 2 krg. Hahaha

Tp nenek ak pun reti buat ni. Kat rumah labuan ada 1 selimut yg jenis tampal mcm ni la jg. Jadi rebutan kalau csn2 dari brunei dtg. Haha. Sb kain die best. Bljr ngn nnk ak je la nt. Kehkehkeh


Kan sama tu. Cuma nenek ak bkn buat guna kain cotton. Best  selimut ni..hee

Till then ^^,