Tuesday, February 3

#prayforpantaitimur : part II

Hye!

Nak sambung entry before ni. Cite pasal banjir. 

Ok. Last aku cite sampai jiran  tolong angkat2 barang kan. Dah setel2 angkat2 barang semua dalam pukul brapa tah tu. xngt aihhh..ak g tandas. Skali masuk tandas..ceplosss..air dah masuk tandas dah. Sejuk air die. Hee. 

Adam lak dah bepeluh2 die tdo.

Pagi tu lepas subuh Din kata kemas2 la kuar rumah. Ak tya nak g mana. Tgk la dulu katanya. Die pun xabes pikir lg agaknye. Ok la ak kemas2. Ikut kan ati mmg ak nak bawa je beg luggage  2. Tapi celah  mana ko nak heret beg besar dalam air pula. Hahaha. Aku  pun amek mana yg aku nmpk je la. Gelap pula. Lampu hp pun xbrapa nak membantu. Hari dah siang kitorang pun kluar la redah banjir. Adam la yg kesian. Huuu



Aku antar gmbr ni kat group  family aku. Terus cousin aku tya nak pindah g mana. Xtaw la aku cakap. Tumpang rumah kawan Din kot. Nak balik Machang xley dah. Banjir jg jalan nak ke sana. Pas 2 cousin ak ckp tumpang kat rumah mil die dulu la. Kat rumah mama tok. So kitorang pun ok je la. 

Adam kat kreta lagi dah tdo. Ngantuk agaknye. Xcukup tdo.

sian anak aku ni. Dah la xmakan lg time ni. Dah bgn tu baru bagi makan. Huu

Kat bawah ni pict after banjir. Tengok sendiri  je la. Malah nok kecek banyok. Sedih. Baru je nak pindah rumah baru..xdan 24hrs dok rumah tu trus  kene banjir. Dugaan betul ni..terima kasih byk2 la kat abg nik, abg zul, abg din, abg fikri n abg faris kot nama die..xngt..hee..sebab dorang yg tolong g amek barang kat rumah sewa n angkat barang..tqsm  



Ni lepas banjir kitorang bawa g umah mama tok dulu. Cuci2 semua. Ikut kan aku aku nak buang je. Huu. kasut2 mmg buang la. Nak cuci pun xterdaya rasanya
 Melekat lumpur die. Dah cuci2 semua letak barang2 ni kat umah mama tok dulu sementara nak cari rumah sewa lain. Rumah yg kene banjir tu kitorang pindah terus after angkat2 brg lps bnjir reda tu. Xnak la dok situ dah. Huu.

Alhamdulillah  sekarang dapat rumah sewa lain dah. Yang tu cite nanti pula.

Bye2

#prayforpantaitimur : part 1

Hye!

Nak cite pasal banjir. Aku pun kene banjir juga ari tu. Kan post before ni aku pindah rumah dari melaka pegi kelantan kan. Aku pindah 23hb. Sampai kat kelantan 24hb pagi dlm pukul 9 or 10am camtu r. Ak pun lupa dah.

Naseb baek Adam tido je sepanjang jalan. Aku pun boleh la tdo skali. Masa otw nak g kelantan tu byk tempat dah banjir dah. Kitorang redah air la jg. Sampai gear rosak. Nak tukar gear xboleh. Mati tgh jalan pla tu. Pehhh. Tapi Alhamdulillah, naseb baek ok balek.

Sampai2 je trus g amek kunci rumah kat rumah kawan Din (laki aku la nama Din). Dah amek kunci terus gi umah sewa. Masa nak masuk jalan nak gi umah sewa tu pun banjir juga. Kene la redah juga.

Dah sampai  rumah sewa, tgk2 ada sungai pula sebelah tu. Dekat kot. Huu. Masa kitorang  nak pindah tu kitorang  xingat pun time tu musim banjir. Dah gerak baru la teringat pasal banjir. Kalau tau sah2 la postpone  dulu nak pindahnye. Ye dakkk..

Masa sampai kat umah sewa tu, ak tgk anak2 jiran kat situ g dok main air. Xtakut ke dik oi.  Kitorang pun  punggah la barang2. Dah setel punggah2, rilek2 jap.


Ni picture dalam rumah. Barang2 ada kat garage lg. xbawa masuk lagi. Malam sket baru angkat masuk.

Petang tu jiran dah kecoh2 dah soh parking kete kat luar jalan. Means letak  kat jalan besar la. Sebab air koho naek katanya. Cuak oiii. Din g la letak kete kat luar. Aku kemas2 umah sapu2 semua.

Pas 2 time nak maghrib air makin naek. Dah start naek kat jalan depan umah. Aku lak xsenang duduk dah. Adam aku letak dalam kelambu je. 

Ni dah kenapa ni..haha

Adam duduk main dalam ni je la. Naseb die ok. 

Masa kemas2 ni Din g beli nasi. Lapau leee..kihkihkih. Lepas  setel makan rilek lagi. Rilek sokmo. Hahaha. Pas 2 Din tdo kejap. Sehari  xtdo kot. Dah la drive sorang. Pas tu angkat barang lagi.. Mmg letih la. Sian laki aku. Ngeee

Adam la sian xmakan. Minum susu je. Huuu. xd benda nak d makan. Roti pun xd. Aku just suap2 nasi putih je. Sian die. Lapar agaknye. T__T

Malam tu dalam pukul brapa tah air naik dah penuh jalan kat depan rumah. Jiran2 dok luar je la. Jaga2 tgk air. Sibuk angkat barang jg. Letak tempat tinggi. Aku ngn Din kemas brg2 kat garage tu bawa masuk  dalam. Maen letak je sebab mmg xlarat dah. Letih kot.

Dah setel semua angkat barang kitorang  tido. Adam tido dah before kitorang  kemas2 barang  tu. Tapi ak xley tdo sebab air koho naik. Asyek2 bgn tgk air kat mana dah. Pukul brapa aku x ngt air dah naik kat garage rumah. 

Aku lak g ngemas letak barang2 ats  meja. Xnak bg ada barang kat lantai la kiranya. Katil, almari, peti ais, ngn sofa aku xtaw nak letak mana nanti. Time tu mmg pasrah la kalau tenggelam pun. Huu

Lagi skali, xngt pukul brapa aku g tgk air kat mana dah. Dah paras 1st anak tangga. Aku kejut Din. Air kat blakang rumah dah naek dah. Time ni letrik  dah xd dah. Gelap gelemat la. Torch light xd pla. Harapkan hp je.



Jiran2 dtg umah tgk. Pas 2 drg tlg la angkat2  brg letak bagi tggi  sikit. Bg pinjam  kerusi letak almari. Mesin  basuh rosak nak letak tilam. Tong nak letak apa tah  ak xngt. Paling rare letak petis ais ats tong gas..haha

Ni gambar selepas banjir. Before tu xdan  aihh nak amek gambar.

Ok la..aku sambung next entry pla. Panjang  sgt dah rasanya ni. Hee

Nyte2